Kelab Kuching City telah tewas tipis kepada kelab PJ City malam ini tadi selepas kedua – dua pasukan beraksi dalam satu perlawanan persahabatan hari ini.
Dalam perlawanan tersebut, Kuching City jelas berjaya menyaingi kehebatan pasukan PJ City yang bermain di Liga Super apabila sering mengatur gerakan – gerakan berbahaya ke arah pintu gol PJ City.
Sungguhpun demikian Kogileswaran meletakkan pasukan PJ City di hadapan melalui satu jaringan pada minit ke-22.
Lapan minit kemudian, Shreen meletakkan kedua – dua pasukan kembali seimbang melalui satu jaringan.
Kedua – dua pasukan terikat dengan satu gol sama pada babak pertama.
Pada babak kedua, PJ City menambah kekuatan pasukan tersebut dan berjaya mendahului lagi di dalam perlawanan tersebut melalui Ahmad Sukri pada minit ke-64.
Gol tersebut walaubagaimanapun tidak bertahan apabila Mohamad Alif menyamakan lagi kedudukan untuk pasukan Kuching City pada minit ke-75.
Di kala kedua – dua pasukan seolah – olah akan seri, PJ City menjaringkan satu lagi gol pada minit ke-87 melalui Thivandaran, sekaligus memberikan kemenangan mutlak kepada pasukan dari Selangor itu dalam perlawanan persahabatan ini.