Kuching City terus berduka, tewas kepada Kelantan FC

Kelab Kuching City FC masih tercari – cari rentak di Liga Premier biarpun Liga Premier kini sudah memasuki minggu ke-lapan.

Dalam perlawanan pada petang Sabtu lalu, kelab yang bertapak di Kuching itu kecundang kepada Kelantan FC melalui jaringan tunggal oleh Ringgo pada minit ke – 45.

Perlawanan tersebut menyaksikan kedua – dua pasukan saling berbalas serangan pada babak pertama dengan satu tendangan basikal dari Shreen Tambi gagal menemui sasaran.

Kemudian, satu serangan balas daripada Syafiq Helmi untuk pasukan tuan rumah juga jauh dari gawang Kuching City yang dikawal penjaga gol baharunya, Wan Azraie.

Kuching City meneruskan aksi aggresif mereka selepas itu namun cubaan – cubaan dari Alif Hassan dan Yuta Suzuki gagal menerjah gawang.

Kelekaan Kuching City menyerang akhirnya memakan diri apabila serangan kilat dari Kelantan menyaksikan Ringgo mudah menanduk masuk gol untuk pasukan Kelantan sebelum tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua Kuching City menggandakan asakan ke gawang Kelantan.

Sungguhpun demikian, kecemerlangan Al-Iman menafikan cubaan – cubaan berbahaya dari Hudson Dias, Yuta dan juga beberapa pemain Kuching yang lain, sekaligus terus menafikan Kuching City sebarang jaringan penyamaan.

Kedudukan 1 – 0 memihak Kelantan kekal sehingga masa penuh, sekaligus memberikan Kelantan mata berharga pada petang itu.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top