Kelab bolasepak Kuching City akan meneruskan aksi Liga Premiernya di Larkin.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Malaysia Football league hari ini yang menyatakan bahawa perpindahan tersebut adalah disebabkan oleh SOP yang ketat yang dilaksanakan di Sarawak, dan bagi megurangkan beban pasukan pelawat yang perlu ke Kuching.
MFL turut menyatakan bahawa perubahan tersebut dibuat bagi mengurangkan masalah penjadualan semula perlawanan ekoran jadual penerbangan yang terhad.
Situasi penjadualan Liga Premier Kuching City dilihat agak getir kerana pasukan tersebut kini belum memainkan sehingga enam perlawanan, sekaligus menyaksikan mereka kini berada di tangga kedua akhir liga dengan hanya sepuluh mata.
Perpindahan ke Stadium Pasir Gudang dilihat bakal membantu mengurangkan jumlah perlawanan yang berlum dimainkan, namun Kuching City akan perlu berhempas pulas bagi memainkan banyak perlawanan dalam tempoh yang singkat.
Kuching City sebelum ini terpaksa menunda beberapa perlawanannya ekoran kes Covid-19 dan juga kegagalan pasukan pelawat mendapatkan penerbangan ke Kuching.