Kuching City menang dalam Piala Malaysia

Kelab bola sepak Kuching City berjaya memungut tiga mata malam tadi apabila menewaskan Perak dalam perlawanan ke-lima Piala Malaysianya untuk musim ini.

Ini adalah kemenangan pertama dalam Piala Malaysia bagi kelab muda itu, sepanjang bermain di Liga Malaysia.

Sungguhpun menang, Kuching City tetap gagal untuk mara ke Separuh Akhir pertandingan tersebut kerana tidak dapat menyaingi mata Terengganu dan Selangor yang kedua – dua nya sah ke suku akhir selepas perlawanan ke-empat minggu lepas.

Dalam perlawanan tersebut, Mohammad Rafiq Shah muncul wira pasukan The Cats melalui jaringan tunggalnya pada minit ke-71.

>>  VOUCHER 11.11 SHOPEE. DAPATKAN SEBELUM HABIS

Ketua jurulatih Perak, Shahril Nizam dalam sidang media selepas perlawanan berkata pemain mudanya telah bermain dengan baik, namun mendapati diri mereka sukar untuk menembusi barisan pertahanan Kuching City yang kebal.

Shahril juga menyatakan bahawa pengalaman pemain Kuching City memberi pasukan tersebut kelebihan dan ianya jelas kelihatan pada malam ini.

“Pemian – pemain muda saya rasa bermain agak baik tetapi kita tidak dapat diterjemahkan malam ini.” kata Shahril selepas perlawanan.

“Kita ada peluang pada babak pertama dan cuba untuk menembusi pertahanan Kuching City namun barisan pertahanan Kuching City amat kebal.

“Pengalaman membezakan kita, dan saya harap pemain saya akan mengambil iktibar dari pengalaman ini.” jelasnya lagi.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top