Kedua – dua pasukan Kuching City FC dan Sarawak United FC meletakkan syarat jika mereka diminta menghabiskan baki perlawanan Liga Malaysia di Semenanjung Malaysia (Malaya).
Menurut Setiausaha Kuching City FC, Iswandi Ali Hassan, pihaknya mencadangkan pasukan pelawat menanggung beberapa kos operasi secara bersama sekiranya mereka beraksi di Stadium Pasir Gudang, Johor seperti yang diwar – warkan.
Menurut Iswandi, membuat venue ‘home’ Kuching City di Semenanjung Malaysia akan mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 di kalangan pemain , jurulatih dan pegawai pasukan tersebut.
Sungguhpun demikian, mereka tetap mahukan sedikit pertimbangan dari Malaysia Football league (MFL) dan pasukan yang hadir kerana kos yang bakal ditanggung Kuching City akan meningkat.
“Cadangan MFL menempatkan Kuching City untuk beraksi di Pasir Gudang bagi menghabiskan baki saingan liga satu cadanga yang positif berikutan situasi Covid-19 di Sarawak ketika ini” jelas Iswandi kepada Sinar Harian.
“Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko terdedahnya pemain, jurulatih dan pegawai kepada pandemik ini.
“Jadi dengan melibatkan sejumlah pemain, jurulatih dan pegawai Kuching City, pastinya akan meningkatkan kos operasi pasukan sepanjang kami menghabiskan baki saingan liga.
“Secara jujurnya kami melihat cadangan ini juga sebagai situasi menang – menang. Ia tidak hanya memihak kepada Kuching FA, tetapi juga kepada pasukan lawan yang bertandang menentang kam.”jelas Iswandi lagi.
Kuching City akan memulakan semula kempen Liga Premier mereka di Stadium Negeri 28 Ogos ini, dengan lain – lain perlawanan belum ditentukan lokasinya lagi buat masa ini.
Adalah difahamkan bahawa Kuching masih lagi berbincang berkenaan kemungkinan akan memainkan perlawanan gelanggang sendiri mereka di Semenanjung Malaysia selepas itu.
Satu lagi pasukan dari Kuching, Sarawak United FC, dikhabarkan akan memindahkan venue gelanggang tempat sendiri ke Selayang.