Kuching City kongsi mata dengan pasukan simpanan Terengganu

Kelab bola sepak Kuching City gagal meraih mata penuh di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi apabila sekadar berkongsi mata dengan pasukan simpanan Terengganu FC yang diberi gelaran Terengganu II.

Dalam perlawanan pertama Kuching City itu, pasukan Terengganu II mempergunakan sepenuhnya kelebihan satu perlawanan ke atas kelab dari Sarawak itu untuk menjaringkan gol awal pada minit ke-20 melalui pemain tengahnya Amirul Shazwan.

Sungguhpun demikian, kegembiraan pasukan tuan rumah, Terengganu II, tidak bertahan lama apabila pemain pertahanan Kuching City, Hairol Mokhtar menyamakan kedudukan selang sepuluh minit kemudian.

Kedua – dua pasukan terus salaing menyerang selepas itu, namun gagal menghasilkan sebarang gol sehingga masa penuh.

Keputusan seri ini memberikan Kuching City satu mata dalam Liga Premier, sekaligus menyaksikan kelab tersebut memulakan kempen Liga Premier mereka di tangga ke-8.

Bagi Terengganu II pula, kedudukan kedua mereka di Liga Premier terlepas ekoran keputusan ini selepas pasukan Sarawak United mencapai kemenangan keduanya petang kelmarin.

Kuching City dijangka akan bertandang ke Johor pada hujung minggu ini kelak bagi menentang pasukan Sarawak United.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top