Kelab Bolasepak Kuching City sah akan beraksi di Liga Super 2023 selepas kelab muda itu berjaya memperolehi Lesen Kebangsaan, yang merupakan syarat utama untuk bermain di Liga Super pada musim hadapan.
Selain Kuching City, lima pasukan Liga Premier lain, yakni Kelantan FC, Kuching City FC, Kelantan United FC, Perak FC, PDRM FC dan UiTM FC juga telah diberi Lesen Kebangsaan yang mana membolehkan mereka bertanding di Liga Super 2023.
Keenam pasukan ini akan menyertai 10 kelab Liga Super 2022 yang juga diberikan Lesen Kebangsaan musim hadapan yakni Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah Darul Aman FC, Negeri Sembilan FC, Penang FC, PJ City FC, Sri Pahang FC, Selangor FC, Terengganu FC, Kuala Lumpur City FC dan Sabah FC.
Dua pasukan, Sarawak United dan Melaka United pula gagal dalam permohonan mereka untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan musim hadapan dan tidak layak bertanding di Liga Super 2023.
Ini sekaligus menjadikan Liga Super 2023 kini mempunyai 16 kelab.
Anda boleh baca kenyataan penuh berkenaan perkara ini di bawah.