Kelab Liga Premier, Kuching City FC hari ini telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan jersi baharu kelab tersebut pada 11 Februari ini.
Pelancaran jersi tersebut akan dibuat secara maya, dan jenama jersi mereka untuk musim ini juga ditiriskan.
Kuching City tidak membuat kenyataan panjang berhubung pelancaran jersi jenama StarSport tersebut dan sekadar menulis “Nantikan pelancaran jersi rasmi Kuching City FC secara maya di facebook rasmi Kuching City FC.” di laman rasmi kelab tersebut.
Adalah dijangkakan Kuching City akan mengekalkan warna tradisinya pada jershi baharu kelak, dengan warna hijau dan putih terus menjadi warna dominan pada jersi ‘home’ dan warna merah dan putih dikekalkan untuk jersi ‘away.
Jika poster pelancaran tersebut menjadi petunjuk, jersi baharu Kuching City bakal menggunakan kolar jenis V dan berwarna hijau.
Untuk maklumat lanjut jersi Kuching City, nantikan pelancaran jersi tersebut pada 11 Februari kelak.