Kuching City bakal lawan empat pasukan elit dalam piala jemputan

Pasukan Liga Premier, Kuching City FC dijadualkan akan menentang empat pasukan elit dari Liga Super selepas menerima jemputan pihak Johor Darul Ta’zim FC (JDT) untuk menyertai satu pertandingan liga satu pusingan anjuran JDT.

Pasukan yang akan turut sama menentang Kuching City adalah pasukan penganjur sendiri, JDT FC, Sri Pahang, Terengganu FC dan Melaka United.

Kejohanan itu akan berlangsung dari 10 – 25 Februrari ini, tertakluk kepada suasana pandemik Covid-19.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif KCFC, Iswandi Ali Hassan.

“Skuad KCFC akan berada di Johor sepanjang dua minggu lebih untuk menghadapi kejohanan tersebut.” kata Iswandi kepada akhbar tempatan.

“Kami akan berangkat ke Johor pada 8 Februari depan… namun ia bergantung kepada situasi Covid-19,” jelasnya lagi.

Kuching City kini sedang giat mengadakan siri latihan berpasukan yang dikendalikan Ketua Jurulatih Irfan Bakti, dengan pembantunya Sulaiman Hussin.

Kelab berumur enam tahun ini sedang dalam persediaan menghadapi Liga Malaysia yang bakal bermula pada bulan Mac kelak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top