Kuching bakal tuan rumah Piala Solidariti AFC 2016

Kuching bakal menyaksikan perlawanan bolasepak bertaraf antarabangsa dari 2 hingga 15 November ini, apabila ibu negeri Sarawak itu telah dipilih sebagai tuan rumah Pertandingan Piala Solidriti Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC) 2016.

Pertandingan ini bakal menampilkan pasukan-pasukan dari negara yang dilihat sukar untuk mendapatkan perlawanan persahabatan berkualiti di peringkat antarabangsa.

Pasukan-pasukan di dalam pertandingan ini boleh dilihat dibawah.

teams-in-solidarity-cup

Ianya juga telah dibuat oleh AFC setelah satu pertandingan serupa yang bernama ‘AFC Challenge Cup’ dihentikan.

Buat masa ini, tiada maklumat berkenaan lokasi tetap kejohanan telah disahkan, namun ada kemungkinan pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) akan menyenaraikan Stadium Negeri dan Stadium Sarawak sebagai antara lokasi kejohanan.

Untuk rekod, Piala Solidariti ini merupakan yang pertama dianjurkan oleh AFC.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top