SarawakCrocs.com telah berjaya mendapat kerjasama dua hala dengan pembina aplikasi MyTeksi yang mana akan menyaksikan pembaca SarawakCrocs.com menerima diskaun apabila memuat-turun dan menggunakan aplikasi MyTeksi buat kali pertama.

Untuk makluman, MyTeksi adalah satu aplikasi peralatan mudah alih yang terdapat di Android, Windows, Blackberry dan iOS, yang mana ianya boleh membantu anda menempah teksi pada kadar berpatutan di Kuching, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Melaka dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain.

Selain mempermudahkan tempahan teksi, aplikasi MyTeksi juga membolehkan anda mengetahui jarak perjalanan anda, jumlah harga yang anda perlu bayar, serta memastikan anda tidak ditipu oleh pemandu teksi, khususnya apabila berkaitan dengan tambang.

Kerjasama bersama MyTeksi menyaksikan pembaca SarawakCrocs.com mendapat diskaun RM5 di atas kadar tambang teksi pertama yang dicaj selepas pemasangan aplikasi MyTeksi di dalam peralatan pintar anda.

Untuk memasang aplikasi MyTeksi pada telefon/gajet pintar anda, pembaca SarawakCrocs.com hanya perlu memuat turun aplikasi tersebut di Android Play Store, Windows Marketplace, Blackberry World atau Apple App Store.

Pembaca kemudiannya perlu mendaftarkan diri untuk aplikasi tersebut, dan memasukkan kod ‘SWKCROCS‘ seperti yang ditunjukkan dibawah.

Selepas pemasangan (install), klik pada bahagian yang ditunjukkan.
Selepas pemasangan (install), klik pada bahagian yang ditunjukkan.
Pilih 'REGISTER' untuk mendaftarkan anda.
Pilih ‘REGISTER’ untuk mendaftarkan anda.
Pilih Ï have a Driver Referral Code'.
Pilih Ï have a Driver Referral Code’.
Masukkan kod 'SWKCROCS'pada
Masukkan kod ‘SWKCROCS’pada

Selepas pendaftaran selesai, anda akan boleh menempah perjalanan teksi pertama anda dengan diskaun RM5 khas.

Pelbagai diskaun untuk penggunaan MyTeksi dan pembaca SarawakCrocs.com akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui laman Facebook dan laman web kami, jadi rajin-rajinlah mengikuti perkembangan kami di laman web ini, Facebook, Twitter dan Instagram!

Link muat turun MyTeksi: Android Play Store | Windows Marketplace | Blackberry World | Apple App Store.

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE