Ong Kim Swee dikekalkan buat sementara waktu sebagai jurulatih sementara (interim) Harimau Malaya.
Kim Swee telah mengisi kekosongan yang ditinggalkan selepas peletakan jawatan Dollah Salleh pada 4 September lalu.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di dalam satu kenyataan menyatakan bahawa mereka akan membuka iklan kepada sesiapa yang berminat untuk mengisi jawatan tersebut.
Antara kriteria yang ditekankan adalah individu tersebut mestilah memiliki keupayaan dan mempunyai tahap profesionalisme yang baik.
Dalam pada itu, Kim Swee juga akan meneruskan tugasnya sebagai ketua jurulatih skuad B-23 negara dan akan kekal sebagai jurulatih sementara skuad kebangsaan sehingga kontraknya bersama FAM tamat pada penghujung Disember 2015.
Calon yang berjaya di dalam permohonannya sebagai jurulatih Harimau Malaya akan diumumkan sebelum penghujung bulan Disember.