LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui bahawa kemenangan ke atas Sarawak United adalah amat berharga.

Menurut Kim Swee, perlawanan menentang Sarawak United sememangnya tidak mudah, jadi mata penuh amat penting bagi pasukannya.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Beliau yang ditemui selepas perlawanan berkata bahawa biarpun pasukannya menguasai perlawanan, mereka tertekan kerana gagal menjaringkan gol pada awal babak pertama.

Biarpun demikian, kemenangan bermakna ke atas Sarawak United itu memberi sedikit kelegeaan kerana pasukan bimbingannya kini berjaya menjarakkan diri dari pasukan – pasukan lain dalam Liga Super.

“Yang penting kita mendapatkan tiga mata.” kata Kim Swee selepas perlawanan malam tadi di Likas.

“Kita tahu perlawanan ini bukan mudah dan pemain telah bermain dengan amat baik.

“Walaupun kita mengawal perlawanan, kita gagal mendapatkan gol pada babak pertama.

“Sungguhpun demikian, kemenangan ini memberi kita mata untuk menjarakkan diri dengan pasukan lain.” jelas Kim Swee lagi.

Pasukan Sabah menewaskan seteru setempatnya Sarawak United melalui gol tunggal pada minit ke-63 malam tadi.

Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan Sang Badak di kedudukan kedua Liga Super.