Pemain Korea, Kim Chigon telah di ambil menjadi pemain import Asia pilihan Sarawak FA.
Pemain berusia 34 tahun itu diumumkan sebagai pemain terbaharu Sarawak FA oleh Dato Posa Majais kelmarin.
Chi-Gon yang merupakan pemain pertahanan, merupakan bekas pemain kebangsaan Korea Selatan, dan beliau telah bermain dengan pasukan Ulsan Hyundai dan FC Seoul sebelum ini.
Beliau pernah memenangi Piala Liga Korea pada tahun 2006.
Berketinggian 1.83m, Chi-Gon juga merupakan pemain utama pasukan yang diwakili beliau, namun beliau tidak mempunyai rekod penampilan selepas 2012 di wikipedia dan beberapa laman web statistik bolasepak.
Sungguhpun demikian, di Soccerway beliau direkod mewakili Ulsan Hyundai sebelum berhijrah ke Sarawak FA.