Ketua Jurulatih Kuching FA tidak puas hati biarpun berjaya belasah Tun Razak FC

Ketua Jurulatih Kuching FA, Ideris Untong menyatakan beliau tidak berpuas hati dengan prestasi pasukannya biarpun berjaya membelasah Tun Razak FC 6-0 pada perlawanan Liga M3 minggu lepas.

Beliau dipetik melahirkan kekecewaan tersebut oleh akhbar Utusan Borneo.

Menurut laporan sama, Ideris percaya penyudah Kuching masih tumpul selepas hampir 16 peluang dipersiakan.

Ideris dipetik berkata “Saya masih kurang berpuas hati kerana penyudah kita masih tumpul. Sepatutnya kita ada sekurang-kurangnya 16 peluang terbaik.

“Masalah ini perlu ditangani dengan segera kerana walaupun kita bermain dengan baik, namun ia tidak memberi makna jika kita gagal menjaringkan gol”.

Biarpun kecewa dengan penyudah pasukannya, Ideris menyatakan beliau tetap gembira dengan tiga mata yang berjaya ditambah pada hari tersebut.

Kuching kini masih di tangga kedua Liga M3 dan akan bertemu Batu Dua FC pada 28 September ini di Padang Astaka Kuala Berang, Terengganu.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top