Ketua jurulatih pasukan bolasepak wanita Sarawak, Hakimi Man melafazkan rasa syukur atas kemenangan pertama pasukan Sarawak menentang Kelantan dalam kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah semalam.
Ketika dihubungi pihak SarawakCrocs, beliau turut menyifatkan kemenangan pertama pasukan Sarawak sebagai tonik tambahan untuk pasukan kendaliannya mengekalkan momentum kemenangan dalam kejohanan ini.
Barisan kejurulatihan pasukan Sarawak ternyata berpuas hati dengan prestasi pasukan pada perlawanan pertama hari ini apabila berjaya mengadaptasikan taktik permainan yang dirancang dan berjaya menyerap tekanan dengan baik sepanjang 70 minit perlawanan.
Ketua pengendali pasukan Sarawak turut mengharapkan peningkatan dalam prestasi pasukan untuk perlawanan yang akan datang.
Pasukan Sarawak dijadualkan menentang Pahang di Stadium Miri jam 8 pagi hari ini.