Kemenangan penting untuk kita

Kemenangan selesa ke atas Kuching City malam Selasa lalu disambut gembira oleh ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan.

Beliau yang ditemusi selepas perlawanan menyatakan bahawa kemenangan tersebut adalah penting, bukan sahaja kepada pasukan beliau, tetapi juga dalam kepada moral pemain.

“Untuk kita kemenangan ini penting kerana ianya membolehkan kita mengekalkan tiga kemenangan tanpa bolos. Itu satu rekod yang kita kena pegang dan kena konsisten.” kata Elavarasan selepas perlawanan.

Menurut jurulatih berpengalaman itu, perlawanan seteru setempat, atau derbi itu sememangnya sentiasa sukar dan pasukan bimbingannya berjaya menang hasil bantuan gol awal oleh Uche Agba.

“Satu mata yang penting untuk kita.

“Ini satu derbi yang susah untuk kita.

“Kita banyak bertemu Kuching dan sememangnya sukar. Kita memang jangka perlawanan yang sukar.

Menurut jurulatih berpengalaman itu, perlawanan seteru setempat, atau derbi itu sememangnya sentiasa sukar dan pasukan bimbingannya berjaya menang hasil bantuan gol awal oleh Uche Agba.

“Gol awal banyak membantu kita walaupun kebanyakan bola dipegang Kuching, kita tahu kita boleh menambah gol sekiranya aa kesilapan.” jelas Elavarasan.

Elavarasan dalam pada itu juga menyaatakan bahawa tiga mata yang dipungut malam ini penting kerena ianya memberi keyakinan kepada pasukannya.

“Tiga mata ini memberi satu keyakinan kepada pasukan untuk mengharungi perlawanan seterusnya.” ujarnya lagi.

Sarawak United telah menang 2-0 malam tadi apabila pasukan tersebut melayan kunjungan Kuching City di Stadium Hang Jebat.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top