Kelekaan babak pertama punca Kuching FA tewas

Ketua Jurulatih Kuching FA, Ideris Untong dipetik akhbar Utusan Borneo sebagai berkata pemainnya leka pada babak pertama.

Menurut jurulatih berpengalaman itu, kelekaan itulah yang menyebabkan Armed Forces FC berjaya menjaringkan dua gol.

Tambah Ideris, pemainnya telah bangkit pada babak kedua, namun ketumpulan jentera serangan menyaksikan beberapa peluang baik gagal disudahkan.

Ideris walaubagaimanapun tetap memuji anak buahnya sambil berkata bahawa nasib juga tidak menyebelahi pasukannya.

Dalam akhbar Utusan Borneo, Ideris dipetik sebagai berkata “Kita agak leka pada separuh masa pertama hingga memberi peluang kepada ATM mendapatkan dua jaringan awal.

“Hanya pada separuh masa kedua, pemain mula menemui rentak namun sekali lagi jentera serangan menggagalkan beberapa peluang terbaik.

“Saya kira kita boleh menamatkan perlawanan dengan keputusan seri. Apa pun, saya tetap memuji pemain kita yang bertungkus lumus bangkit selepas ketinggalan… cuma nasib tidak menyebelahi kita.”

Kekelahan Kuching kepada Armed Forces itu menyaksikan Kuching semakin sukar mencabar kedudukan Kelantan United di tangga teratas Liga M3.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top