Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dilaporkan bercadang untuk memotong gaji pemain Kelantan FA berikutan penundaan Liga Malaysia.

Liga Malaysia telah ditunda akibat penularan pandemik COVID19 dengan pihak MFL dan FAM memutuskan untuk menangguhkan liga tersebut sehingga dimaklumkan.

Ahkbar New Straits Times memetik Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman sebagai berkata bahawa pihak pengurusan KAFA akan bertemu dengen pemain Kelantan FA berhubung perkara itu (pemotongan gaji).

Hussin didakwa oleh akhbar tersebut sebagai berkata bahawa pihak Kelantan FA berhadapan kekangan kewangan susulan penangguhan Liga Malaysia.

Ini berikutan dakwaan Husin bahawa KAFA kehilangan sehingga RM100,000 setiap kali perlawanan Liga Malaysia tidak diadakan.

Beliau dalam pada itu berharap pemain akan memahami keadaan kini, dan menjelaskan bahawa ketiadaan perlawanan Liga Malaysia telah menyebabkan KAFA kekurangan dana.

Sungguhpun demikian, Hussin juga dipetik akhbar tersebut sebagai menjelaskan bahawa potongan gaji pemain itu hanyalah bersifat sementara sehingga Liga Malaysia bersambung.

Adalah difahamkan KAF memerlukan lebih daripada RM500,000 sebulan untuk membayar gaji pemain.