Kelab bolasepak JDT pertama dapat jet peribadi

Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mencipta sejarah Malaysia apabila bakal menjadi pasukan pertama mempunyai kapal terbang sendiri.

Kapal terbang Gulfstream 550 tersebut adalah kurniaan Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, dan ianya akan diwarnakan dalam warna dan lambang rasmi JDT.

Kapal terbang jenis jet tersebut dikurniakan oleh Sultan Ibrahim bagi membolehkan pegawai kelab dan para pemain menjalankan tugas-tugas rasmi berkaitan kelab dengan mudah.

Menurut kenyataan JDT, kapal terbang tersebut belum lagi tiba di Malaysia, dan belum dapat digunakan musim ini, namun ianya dijangka akan siap dan diserahkan kepada JDT pada pertengahan tahun 2017.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top