Kelab bola sepak boleh mulakan sesi latihan

Kelab bola sepak Liga Malaysia kini boleh memulakan semula sesi latihan mereka bermula 10 Jun kelak.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa sesi latihan untuk sukan berpasukan dan sukan tertutup dibenarkan semula selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) secara rasminya bermula 10 Jun ini.

PKPP dijangka akan berterusan sehingga 31 Ogos 2020.

Biarpun sesi latihan dibenarkan, pertandingan dan kejohanan sukan berpasukan dan sukan tertutup seperti Liga Malaysia masih lagi tidak dibenarkan.

“Beberapa jenis sukan dan rekreasi dibuka semula dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) termasuk latihan persediaan sukan,” kata Muhyiddin dalam perutusan khas.

“Masih tidak dibenarkan adalah pertandingan sukan atau permainan melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton ramai seperti stadium dan sukan bersentuhan seperti bolasepak.”jelasnya lagi

Liga Malaysia dirancang untuk penyambungan semula pada 1 September ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top