KAPIT : Persatuan Bolasepak Bahagian Kapit (Kapit FA) kini sedang giat mencari tanah lapang di sekitar kawasan Kapit untuk tujuan pembinaan Akademi Bolasepak Bahagian Kapit.
Adalah difahamkan, Kapit FA berminat dengan tanah sekurang kurangnya 10 ekar untuk tujuan itu, dengan kedudukan tanah terletak dalam 15km dari bandar Kapit.
Status tanah yang boleh dipertimbangkan adalah pelbagai, dengan tanah NCR juga diberi pertimbangan.
Pihak yang mempunyai maklumat berkenaan tanah seperti yang dinyatakan, mahupun mempunyai tanah seluas yang diperlukan untuk dijual dalam pada itu dipelawa untum menghubungi pihak Kapit FA di talian 01125124468 atau 01126334188.