JOHOR – Pasukan JDT FC berjaya menewaskan pasukan Sarawak FA malam ini.  

Perlawanan bermula dengan JDT mendahului di Larkin selepas Ghaddar merembat masuk gol pertama perlawanan pada minit ke – 11 perlawanan. 

Sarawak FA enggan mengalah dan berusaha menyamai kualiti pasukan JDT dengan hantaran pendek dan tepat bagi membuat serangan. 

Hasilnya, pasukan pelawat hampir menyamakan kedudukan melalui rembatan kencang Nur Shamie, tetapi hadangan pemain JDT memastikan kedudukan terus memihak pasukan tuan rumah. 

Sarawak FA terus berusaha untuk mencari gol penyamaan, dan sepakan percuma Tommy Mawat pada minit akhir babak pertama hampir mengubah kedudukan perlawanan, namun Idzam Tarmizi berjaya menolak bola keluar dari kawasan bahaya. 

Pada babak kedua, Sarawak menggandakan usaha mencari gol penyamaan, dan hasil serangan kilat pada minit ke-64, usaha mereka berjaya apabila Sahil Suhaimi menolak masuk bola hantaran Nur Shamie, sekaligus meletakkan kedua pasukan terikat. 

 JDT walaubagaimanapun meletakkan diri dihadapan apabila Ghaddar sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-75.

Pada minit ke-77, JDT menjarakkkan diri di hadapan apabila Safawi menolak mudah bola hantaran Syafiq Rahim ke gawang pasukan Bujang Senang. 

Biarpun Pengiran Bala memasukkan Shreen Tambi selepas itu, kedudukan terus kekal memihak JDT, memberikan JDT tiga mata berharga – sarawakcrocs.com 

12 COMMENTS

  1. Kesian ngga Mateo Roskam carik idea gini nak nembus gol Jdt. Sayap kita malam tok Syamie & Tommy sik cukup kreatif bila nak pasing bol ngan team dirikpun. Mungkin masing2 nak mbik nama penjaring. Sikda hantaran yang bagus dipolah walaupun duak2 ada speed yang dikurniakan. Sidak macam ngga sikda org jak belah tengah pasukan Sarawak. Sahil Suhaimi okay, tapi mun boleh tanyakkan player ya, sini posisi sidak nyaman main. Mun sidak memang selalu main belah nak disuka sidak InsyaAllah permainan pun boleh jadi kacak. Tok sik, Sahil macam semut jak nak melawan sidak gajah2 JDT. Mun boleh jangan engkah nya belakang Roskam sebab sikda function bila flanker sik berfungsi. Nya macam sik berada rah posisi nak disuka and susah pakenya. Mun boleh engkah top striker sama Roskam sebab Roskam ada lihai sikit bila pass bol kacak2 depan gol. Defend juak, dah boleh terminated jak contract sidak ya semua kecuali Hairol. Sebab bila ditangga sidak defend yang berpengalaman tapi bila main lawan team kedak JDT tok sidak jadi sik menentu. Defend kiri & kanan dah boleh carik nak mudak jak agik. Dzul & Ramesh & Mazwandi dah boleh carik career lain gik or pergi team lain. Dah sik releven dengan performance tackle & marking lari abis. Segala dak reserved main posisi tengah boleh angkat kaki juak dah. Kecuali sidak mudak2. By the way, all the best. Ngap Sayot. #jangankecamsaya
    #sayakakibangku
    #peminatngapsayot

    • Ramesh memang okay. Tapi, team perlu mikir untuk masa panjang. Dengan umur ramesh 37 tahun nektok kita sik tauk berapa kuat gik stamina nya yang ada. Match tok tek, bertahan okay, tapi pasing nya terok, mala sik kenak rah kaki player dirikpun. Team perlu defend yang boleh nait turun untuk serang/bertahan yang memerlukan stamina kuat. Defend gitok kita perlu bila flanker tommy/shamie sik berfungsi gilak pake nulong bahagian atas. Tapi dengan umur nya nektok mungkin terbatas pergerakannya. 😃

  2. era profesional. apa alasan pun sama jak. yang penting pulus kena ada. team yang byk pulus boleh jd kuat. mana2 liga di dunia team yg byk pulus pasti kuat. istilah local player dah tak bole pakai. local player kalu nak naik kena lebih bagus atau semakin meningkat permainan. ini makin lama main makin merosot, lepas tu injrt dan senyap. tauk2 dah tua mohon jadi coach. apa pun selamat berusaha untuk team sarawak. bak kata pepatah tak ada tali rotan pun bole. kayuh lah liga ya sampai ke muara. taun depan kita beli dan pake jersi baru, liat player baru dan dgr cerita baru. nak liat sarawak juara piala malaysia dan piala liga tunggu la 37 tahun agik. tapi rasa2 sik sempat. hahahahah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here