KAFA kehilangan Annuar Musa

Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) telah kehilangan Presidennya, Tan Sri Annuar Musa selepas beliau mengumumkan peletakan jawatan beliau dari jawatan tersebut hari ini.

Peletakan jawatan tersebut berkuat kuasa serta merta.

Annuar Musa mengumumkan sendiri peletakan jawatan beliau melalui laman Facebook rasminya, dengan memuat naik salinan surat rasmi peletakan jawatannya itu yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor.

Annuar, yang menyandang jawatan itu sejak 2008, berkata beliau sentiasa berkeyakinan pasukan Kelantan mampu mencapai apa yang orang lain capai asalkan diberikan peluang berbuat demikian.

Annuar, yang juga Ahli Parlimen Ketereh, memimpin pasukan Kelantan sehingga memperolehi pelbagai kejayaan antaranya meraih tiga kejuaraan iaitu Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super pada 2012.

Sementara itu, Naib Presiden Kafa, Datuk Nassir Hamzah mengesahkan Annuar menghantar surat peletakan jawatan itu hari ini.

Adalah difahamkan bahawa sungguhpun surat peletakan jawatan tersebut telah diterima oleh KAFA, ianya masih terpulang kepada exco KAFA untuk menentukan samada peletakan jawatan Annuar Musa diterima atau ditolak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top