Pengadil mungkin akan boleh melayangkan kad kuning kepada pemain yang bertindak meludah di atas padang ketika perlawanan bola sepak pada masa hadapan.
Menurut laporan Arena Metro, Jawatankuasa Perubatan FIFA merasakan tindakan meludah di atas padang berpotensi menyebarkan pandemik Covid-19, dan ianya harus dihentikan.
Pengerusi Jawatankuasa Perubatan FIFA, Michel D’Hooghe menegaskan bahawa tindakan meludah di atas padang perlu dihentikan.
“Ia adalah perbuatan yang biasa dilakukan di dalam bola sepak dan tidak bagus,” katanya.
“Jadi apabila bola sepak bersambung semula, saya rasa kami perlu mengelak perbuatan meludah itu daripada berlaku.
“Persoalannya adalah sama ada tindakan boleh dilakukan. Mungkin pengadil boleh memberikan hukuman kad kuning.
“Tindakan meludah boleh menyebarkan virus. Inilah sebabnya mengapa kami perlu berhati-hati sebelum memulakan semula aksi bola sepak,” katanya.