Jurulatlatih baru Sabah letak jawatan sebelum musim 2016 bermula!

Azraai Khor Abdullah telah mengejutkan arena bolasepak negara apabila mengumumkan beliau telah meletak jawatan sebagai jurulatih baru Sabah.

Menurut Azraai, beliau meletak jawatan kerana mendapati dirinya tidak diberi kebebasan di dalam cara beliau ingin menguruskan pasukannya. Tambah Azraai, beliau lebih suka meletak jawatan sekarang secara professional sebelum timbul isu ‘tidak elok’ pada masa hadapan.

Azraai yang dilantik pada penghabisan musim 2015 Sabah FA telah cuba memperkenalkan pelbagai usaha untuk membangunkan bolasepak Sabah termasuk mengadakan pemilihan terbuka bagi pemain musim hadapan.

Kenyataan serta peletakan jawatan Azraai in sudah pasti akan memberi tamparan hebat kepada Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA).

Sumber: Arena

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top