Home Malaysian football Dua bekas pemain Sarawak sah menyertai AirAsia FC

Dua bekas pemain Sarawak sah menyertai AirAsia FC

Anak jati Sarawak Reeshafiq Alwi sah milik AirAsia FC apabila kelab itu mengumumkan perpindahannya ke kelab berkenaan semalam di laman Facebook mereka.

Reesyafiq yang pernah menyarung jersi Sarawak pada musim 2014 telah meneruskan kariernya di Melaka United selepas kontraknya bersama Sarawak tidak dipanjangkan pada musim 2015.

Pemain tengah yang berasal dari Kuching itu mempunyai sentuhan kemas dan bijak membuka ruang.

Selain Melaka United dan Sarawak, Reesyafiq juga pernah bermain untuk kelab Kuala Lumpur FA, KL PLUS FC, Terengganu FAdan PKNS FC.

Selain Reesyafiq, seorang lagi bekas pemain Sarawak, Zamri Morshidi sah menyarung jersi AirAsia FC seperti yang kami war-warkan baru-baru ini apabila AirAsia FC turut mengumumkan beliau sebagai penyerang baharu kelab berkenaan.

RECOMENDED LINKS: