Ketua pengendali pasukan bolasepak wanita Sarawak, Encik Hakimi Man kelmarin menyatakan kegembiraan beliau melihat prestasi dan corak permainan anak buahnya meningkat setelah menang besar dalam kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah peringkat kumpulan.
Beliau turut mengakui bahawa komitmen yang ditunjukkann barisan pemain dan kejurulatihan merupakan tunjang prestasi baik pasukan kendaliannya.
Tambahnya lagi, rehat satu hari ini akan digunakannya untuk menganalisa corak permainan dan taktikal pihak lawan melalui maklumat dan data yang diambil di sepanjang perlawanan-perlawanan peringkat kumpulan berlangsung.
Beliau turut mengambil peluang untuk mengucapkan setinggi penghargaan kepada Pengarah Kejurulatihan Sarawak Encik Abdol Wahet Uji yang membantu dalam persediaan pasukan terutama dalam memberi nasihat dan pandangan di luar padang dan dalam merangka strategi taktikal pasukan.
Pasukan Sarawak kini bersiap sedia untuk mendepani perlawanan suku akhir menentang Sabah yang dijadualkan akan berlangsung pada 12 April 2017.
Kemenangan ke atas Sabah akan memastikan Sarawak FA melangkah dengan yakin ke perlawanan peringkat separuh akhir.