Jurulatih dan staf Sarawak United dijangkiti Covid-19

Beberapa staf Sarawak United telah disahkan dijangkiti virus Covid-19.

Menurut laporan akhbar New Straits Times, antara yang dijangkiti adalah Pengarah Tehnikal kelab tersebut, B. Satiananthan.

Santianathan kini sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak, bersama lapan lagi staf lain.

Perkara tersebut disahkan pemilik Sarawak United, Posa Majais yang mengesahkan semua yang dijangkiti virus Covid-19 berada di Kuching dan mereka merupakan staf kelab tersebut.

Beliau dilaporkan oleh akhbar New Sarawak Tribune sebagai berkata bahawa antara yang dijangkiti adalah jurulatih pasukan Piala Presiden Sarawak United.

Posa juga mengesahkan tiada pemain bola sepak dijangkiti.

Dalam pada itu, Santianathan sendiri turut mengesahkan beliau telah dijangkiti virus tersebut dah kini sedang menerima rawatan.

Beliau yang kini berada di Kuching memberitahu New Straits Times bahawa beliau bersyukur anak dan isterinya tidak dijangkiti.

Kelmarin, Jawatankuasa Bencana Sarawak (SDMC) telah mengelurkan satu senarai yang mana menyaksikan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) sebagai salah satu lokasi yang pernah dilawati oleh pesakit Covid-19.

Kes Covid-19 di kalangan pemain, pegawai dan jurulatih bola sepak bukan perkara baharu di Malaysia, dengan pasukan Kuching City turut terkesan pada musim lepas.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top