Skuad Ngap Sayot yang baru dinobatkan sebagai Juara Liga Premier 2013 bakal meraikan kejayaan mereka bersama peminat-peminat setia mereka pada hari Sabtu ini, bersamaan 29 Jun 2013.
Majlis yang akan diadakan di Padang Merdeka akan menyaksikan skuad bimbingan Robert Alberts berararak ke Padang Merdeka bersama Piala Liga Premier yang mereka menangi pada hari Isnin lepas.

Selain perarakan bersama piala tersebut, sesi fotografi dan tandatangan autograf bersama pemain akan turut diadakan semasa majlis.
Penaja pakaian Sarawak, LSC turut telah mengumumkan akan memberikan cenderahati khas kepada semua peminat yang tiba awal di venue perayaan selagi stok masih ada.
Majlis dijangka bermula jam 12 petang, dan berakhir pada jam 4 petang. Peminat yang hadir diharap boleh menggunakan baju merah.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




[…] left Sarawak after a string of poor results last season, but did manage to guide the Crocs to an unbeaten Liga Premier season in 2013, which saw the Crocs not only gain promotion to the top tier Liga Super, but also emerge champions […]