​Juara Liga Bolasepak Rakyat, Kuching FA, tidak akan dapat mempertahankan kejuaraan mereka pada musim ini apabila gagal masuk ke perlawanan play-off di dalam Liga Bolasepak Rakyat Zon Borneo II (Sarawak).
Kuching yang memerlukan kemenangan besar sambil mengharapkan Serian tewas kepada Sri Aman di dalam perlawanan satu lagi, terpaksa akur bahawa musim ini bukan milik mereka meskipun mereka berjaya membelasah Samarahan 6-1 di tempat lawan.
Kegagalan Kuching ke peringkat seterusnya adalah berikutan keputusan seri di antara Serian dan Sri Aman sudah cukup untuk meletakkan pendatang baru LBR, Serian, sebagai juara Kumpulan 3 dengan kelebihan satu mata.
Dalam perkembangan sama, Limbang melangkah bergaya ke peringkat play-off sebagai juara kumpulan 1, dan Kapit bernasib baik berjaya ke peringkat play-off selepas tewas mengejut kepada pasukan Sarikei di dalam kumpulan 2.
Lain-lain keputusan daripada perlawanan LBR kelmarin adalah:
Sri Aman 1 -1 Serian
Samarahan 1-6 Kuching
Betong 2-0 Sibu
Limbang 6-0 Miri
Sarikei 3-1 Kapit
Bintulu 1-2 Mukah