Bekas pemain tengah Sarawak, Joseph Kalang telah memaklumkan akhbar Utusan Borneo bahawa beliau berminat untuk kembali berkhidmat untuk Sarawak sekiranya tawaran menarik dibuat oleh pasukan yang mewakili negeri kelahirannya.
Menurut Joseph, beliau semestinya mahu berkhidmat untuk Sarawak jika diberi peluang kerana ianya adalah tempat kelahirannya.
Dalam pada itu, Joseph berkata beliau kini masih bersama Terengganu, dan mengakui tidak ada menerima sebarang tawaran daripada pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).
Joseph telah berhijrah ke Terengganu musim ini selepas empat tahun bersama pasukan Bujang Senang.
Pada tahun 2013, beliau membantu Sarawak memenangi Liga Premier, dan telah dinobatkan sebagai kapten pasukan beberapa kali oleh ketua jurulatih Sarawak pada ketika itu, Robert Alberts.