Pemain sensasi Kuching FA, Joseph Kalang Tie menyeru peminat Kuching FA memenuhi Stadium Sarawak malam ini.

Di dalam satu video ringkas yang ditayangkan Amateur Football League (AFL), Joseph berkata beliau mahu penyokong turun menyokong Kuching beroleh kemenangan.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Beliau berkata “Harapan untuk perlawanan menentang Kelantan United adalah agar penyokong Kuching FA datang beramai-ramai supaya Kuching beroleh kemenangan.”

Joseph turut menyatakan bahawa ahli sepasukan beliau akan berusaha untuk mendapatkan mata terbanyak pada perlawanan akan datang.

Jelas beliau “Untuk perlawanan seterusnya, kita mahu mendapatkan mata terbanyak dan semaksimum yang boleh”.

Kuching FA akan menentang Kelantan malam ini dengan misi mahukan kemenangan bagi mengecilkan jurang mata diantara Kelantan yang kini menghuni tangga teratas Liga M3, dengan Kuching yang berada di kedudukan kedua.

Perlawanan dijangka sengit dengan tidak kurang 10,000 peminat Kuching hadir ke Stadium Sarawak.

Perlawanan yang dilabel ‘Game of the season’ oleh AFL akan ditayangkan secara langsung di laman FB AFL malam ini.