11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Empat pemain kebangsaan dari Sarawak yang masih bersama skuad kebangsaan akan ditawarkan kontrak bersama skuad Sarawak sekembalinya mereka ke Kuching.

Mereka adalah Joseph Kalang Tie, Ashri Chuchu, Ronny Harun dan Junior Eldstal.

SHOPEE

Menurut Robert Alberts, kempat-empat pemain diharap akan menerima tawaran kontrak tersebut agar Sarawak kekal memiliki pemain yang berkaliber bagi musim 2015.

Tambah Robert, status keempat-empat pemain tersebut belum lagi dipastikan buat masa ini dengan mereka semua masih lagi belum membuat keputusan akhir setakat ini.

Seorang lagi pemain Sarawak, Hairol Mokhtar juga dikatakan telah bersetuju untuk kekal bersama Sarawak selepas beliau ditawarkan kontrak sepadan dengan tawaran yang diperolehinya di luar.

Sebelum ini, Joseph, Ronny dan Ashri dikhabarkan telah memikat beberapa pasukan luar Sarawak bagi musim 2015, namun kesemua pemain tersebut belum lagi membuat kata putus berkenaan hala tuju mereka bagi musim depan.

Status Junior (gambar) yang dikatakan sudah sah menjadi milik Selangor oleh sebuah akhbar tempatan pula kembali menjadi tanda tanya selepas akhbar yang sama mengeluarkan berita bahawa beliau belum lagi sah bersama skuad Gergasi Merah bagi musim hadapan. Junior juga belum menunjukkan indikasi beliau sudah bersama skuad Selangor, atau kekal bersama Sarawak buat masa ini.

Sumber: New Sarawak Tribune