JOMA Malaysia hari ini memperkenalkan jersi latihan penjaga gol Sarawak United FC.

Jersi penjaga gol ini berwarna serba merah, dengan lengan merah tua (maroon).

Lambang JOMA dan huruf J di kedua – dua lengan diwarnakan kuning.

Ianya ringkas dan turut menggunakan logo Sarawak United FC pada dada sebelah kiri.

Menariknya, jersi latihan penjaga gol Sarawak United ini adalah sama dengan jersi latihan utama pasukan Liga Super Selangor FC yang diperkenalkan pada 4 January 2021 lalu.

Jersi latihan utama Selangor FC 2021

Seperti juga jersi latihan Sarwak United sebelum ini, jersi ini boleh dibeli di agen JOMA Malaysia terpilih.

Kedai online www.TheKedey.com merupakan salah satu antara laman web online yang menjual jersi rasmi kelab Sarawak United FC.