JOHARA Era minta maaf kepada peminat Sarawak

Pihak ERA FM & ERA TV telah mengeluarkan kenyataan di Facebook rasminya bagi pihak Johan, Hanif dan Ray (JOHARA) berhubung kenyataan Ray dan Johan berkenaan pasukan Sarawak pada minggu ini tadi yang menyinggung perasaan peminat skuad Bujang Senang.

Mengikut kenyataan ringkas yang disertai logo pasukan Sarawak, “#JoHaRa dengan rendah diri ingin memohon maaf diatas keterlanjuran kata yang telah menyinggung perasaan penyokong Sarawak. Kami dengan bangganya menyokong semua pasukan di Liga Malaysia.”

Selain daripada itu, pihak Sarawak Crocs juga difahamkan yang JOHARA telah bertindak memainkan lagu penyokong Sarawak di radio padi tadi (Jumaat), dan membuat satu panggilan khas kepada penjaring utama Sarawak, Bobby Gonzales.

Sebelum ini, Ray dan juga Johan telah dikatakan memperkecilkan pasukan Sarawak dengan mengapi-apikan kekalahan pasukan Sarawak kepada Perak pada hari Selasa lepas.

Dengan permohonan maaf itu, diharapkan hal ini selesai, dan perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

Update 9:35PM @23Ogos2013
Pihak ERA FM telah bertindak meletak lambang Sarawak FA sebagai ‘cover photo’ Facebook Page mereka yang mempunyai hampir 800,000 ‘LIKE’.
johara tv johara era, sarawak, logo

Tindakan tersebut telah walaubagaimanapun mengundang komen-komen kurang memberansangkan dari peminat Era FM yang bukan berasal dari Bumi Kenyalang.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top