Peminat skuad Bujang Senang nyata terkilan dengan tindakan dua pengacara terkenal Johan dan Ray yang telah memperlekehkan pasukan kesayangan mereka Sarawak semasa rancangan radio mereka.

Menurut beberapa peminat, Ray (kiri sekali di dalam gambar) dalam acara pagi Era berkata “Sarawak The Invincible katenyer, telah tewas kepada Perak. Ini Piala Malaysia, bukan liga perdana“.

Turut memperlekehkan pasukan Sarawak adalah Johan (kanan sekali di dalam gambar) apabila beliau dikatakan telah mengeluarkan penyataan “Dulu Sarawak main dengan team cap ayam boleh menang jadi champion nie baru tau” semasa rancangan yang dihoskan beliau di radio terkenal Malaysia itu.

Kenyataan kedua-dua selebriti tersebut sememangnya amat dikesali dan tidak harus diutarakan kerana pasukan Sarawak, mahupun mana-mana pasukan di dalam Liga Malaysia tidak patut dicerca di dalam apa cara sekalipun.

Seorang peminat bernama Arman berkata “Tindakan mereka agak melampau kerana mereka mengapikan semangat kenegerian dan membuatkan orang di Sarawak semakin tidak suka akan orang dari Semenanjung. Salah kah kalau Sarawak jadi champion? Salahkah Sarawak menang?

Turut melahirkan perasaan marah terhadap kenyataan kedua-dua selebriti radio tersebut adalah kumpulan penyokong UltraCrocs dan Gallore Buceros yang mana telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini melalui laman Facebook mereka.

Diharapkan Johan dan Ray akan memohon maaf diatas keterlanjuran tersebut. Yalah, nak buat lawak pun, janganlah sampai hina team orang.

5 COMMENTS

Comments are closed.