Bekas pemain Sarawak FA, Joseph Kalang Tie telah hadir mempersoalkan penggunaan ungkapan ‘anak jati Sarawak’ yang sering dilaungkan pihak pengurusan pasukan Sarawak FA, yaitu Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).
Menurut pemain tengah kelahiran Miri itu, beliau sedih melihat bagaimana ‘anak jati Sarawak’ diperlakukan oleh pihak persatuan, dimana ‘anak jati Sarawak’ hanya diguna pakai apabila pihak persatuan memerlukan sahaja, tetapi bertindak ‘tidak memandang pengorbanan mereka’ apabila sesuatu berlaku.
Tambah Joseph, pihak persatuan sering bercakap berkenaan ‘anak jati’ namun apabila kejadian tidak dikehendaki berlaku, kebajikan ‘anak jati’ tersebut tidak dijaga.
Komen Joseph yang ditulis di Facebook peribadi beliau hadir selepas beliau mendapat tahu berkenaan nasib Shahrol Saperi, yang khabarnya akan digugurkan dari pasukan Sarawak FA ekoran kecederaan yang dialami.
Jika benar seperti didakwa Joseph, Shahrol tercedera apabila bersama pasukan Sarawak FA, dan komen Joseph sudah pasti akan mengundang satu reaksi dari FAS di dalam masa terdekat ekoran status Joseph yang amat dihormati di kalangan peminat dan pemain bolasepak, khususnya di Sarawak.
// Jersi Tribal SarawakCrocs bakal dilancarkan ISNIN ini. Dapatkan berita terkini di Kedey.SarawakCrocs.