JKT dimasukkan kerana kebolehannya diperlukan

Kemasukan mengejut Joseph Kalang Tie sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Selangoor II mendapat perhatian dalam perlawanan menentang Selangor II tempoh hari.

Ini berlaku kerana Ketua Jurulatih Kuching City, Irfan Bakti, telah memberi gambaran jelas bahawa ketua pasukan The Cats itu tidak akan diturunkan.

Ini adalah ekoran kecederaan yang dialaminya, yang mana menyaksikan beliau terpaksa mendapat jahitan.

Selepas perlawanan, Irfan menjelaskan beliau terpaksa membuat keputusan menurunkan Joseph pada saat akhir.

Keputusan itu hadir apabila beliau menyedari pasukannya tidak mempunyai pemain yang boleh mengawal bahagian tengah dan mengemudi pemain – pemain lain di atas padang.

“Baru tadi juga saya buat keputusan utuk memasukkan Joseph sebab kita tak ada pemain yang boleh pegang bola dan mengemudi pemain lain.” jelas Irfan selepas perlawanan.

Kemasukan Joseph ke dalam perlawanan tersebut sememangnya membawa kesan apabila beliau menjaringkan gol untuk Kuching City.

Sungguhpun demikian, gol Joseph tidak bertahan apabila ianya disamakan lapan minit kemudian oleh Selangor II, sekaligus menyaksikan kedudukan perlawanan berakhir dengan seri.

Irfan telah beberapa kali melahirkan kerisauan beliau berkenaan kekurangan ‘depth’ di dalam pasukan bimbingannya dimana beliau telah menyatakan bahawa kebanyakan pemain simpanan beliau belum mencapai taraf pemain utama pasukannya.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top