Atas permintaan ramai, pihak SarawakCrocs telah mengambil keputusan untuk melancarkan jersi rasmi SarawakCrocs buat pertama kali seperti yang anda lihat pada imej dibawah.
Antara ciri-ciri jersi tersebut adalah:
1) Sublimation Jersey
2) Kain jenis Microfiber yang lembut dan tidak panas
3) Corak berbentuk tribal/Dayak
4) Tulisan ‘Sarawak Selamanya’ di bahagian belakang
5) Kolar khas
Sesiapa yang berminat, boleh membuat tempahan RM70 (TIDAK termasuk POSLAJU), bagi mendapatkan saiz baju yang betul seperti ukuran dibawah.
Sebelum membuat tempahan, sila sedia maklum perkara berikut:
1) Bayaran penuh RM70 perlu dibuat sebelum tempahan anda dianggap sah. Tiada bayaran, tiada tempahan.
2) Saiz tidak boleh ditukar. Sila rujuk saiz ukuran diatas. Jersi dipesan khas mengikut saiz permintaan anda.
3) Tempoh tempahan dan bayaran adalah sehingga 28 Februari 2017, 10 pagi. Tiada lagi tempahan selepas itu. Tiada 2nd edition, 3rd edition etc. Jersi hanya dibuat sekali dan dianggap limited edition. Kalau nak jersi SarawakCrocs, tunggu edisi 2018 Atas permintaan ramai, kami telah membuka semula tempahan bagi pra-tempah terakhir yang mana jersi bakal dihantar pada Mei 2017. Ini berikutan ada yang meminta kami menahan produksi jersi, tetapi kami tidak mahu memanjangkan tempoh menunggu bagi yang sudah menempah, jadi kami bukalah tempahan ke-tiga dan terakhir.😁
4) Tempahan secara online akan menggunakan sistem online kami di kedey.sarawakcrocs.com yang akan secara automatik disahkan secara online jika bayaran telah disahkan. Penghantaran POSLAJU adalah WAJIB bagi tempahan online.
5) Tempahan secara offline akan diberi resit bayaran yang boleh diperolehi semasa membuat bayaran. – TEMPAHAN OFFLINE HANYA SELEPAS TAHUN BARU CINA.
6) Jersi dijangka akan dihantar / boleh dikutip pada awal bulan April 2017.
7) Kami menggalakkan anda menambah RM10, dan memilih penghantaran menggunakan POSLAJU ke seluruh Malaysia – jimat masa.
8) SarawakCrocs tidak memiliki kedai fizikal. Kami cuma ada kedai online: Keday SarawakCrocs.
Tempahan kini dibuka sehinga 28 Februari dengan dua cara dibawah:
1) ONLINE di laman web Kedey SarawakCrocs (Kini dibuka)
2) OFFLINE: 0128086262 (call/whatsapp) atau 01127140997 (whatsapp sahaja)
3) FACEBOOK KEDEY SARAWAKCROCS (Kini dibuka)
Jersi SarawakCrocs 2017 tidak akan dijual lagi selepas tempahan ditutup, jadi rebutlah peluang ini selagi masih ada!
Untuk makluman anda, sebahagian keuntungan daripada setiap jersi akan digunakan untuk membiayai server laman web SarawakCrocs.com, laman web #1 bolasepak Sarawak anda.
TEMPAHAN KETIGA DAN TERAKHIR AKAN DITUTUP PADA 7 APRIL 2017. SEBARANG TEMPAHAN YANG TIDAK DIBAYAR SELEPAS TARIKH TERSEBUT AKAN TERBATAL DENGAN SENDIRINYA.