Jersi terbaharu Sarawak United FC telah dilancarkan hari ini melalui TVS.
Pelancaran jersi tersebut telah disempurnakan oleh dua pengacara TVS Fir Affandi dan Marzella Sigai, yang mana telah bercakap dengan panjang lebar dengan pemilik kelab bola sepak Sarawak United, Posa Majais.
Dalam acara temu bual Teh C Peng itu, kedua – dua pengacara tersebut memperkenalkan jersi tersebut melalui satu motaj ringkas yang mana mempersembahkan jersi tersebut kepada penonton rancangan tersebut.
BELI JERSI SARAWAK UNITED
Rekaan jersi kali ini adalah sama seperti rekaan jersi yang ‘bocor’ kelmarin, sekaligus menyaksikan jersi tersebut boleh diperolehi dalam tiga warna, yakni hitam, merah dan biru.
Adalah difahamkan jersi hitam merupakan jersi utama pasukan dengan Posa memaklumkan hitam dipilih kerana ianya berkaitan dengan sejarah silam kelab tersebut.
Bagi yang berminat, jersi tersebut kini dijual pada harga RM99 dan ianya merupakan jersi jenama JOMA.
BELI JERSI SARAWAK UNITED