Dengan pelancaran jersi pasukan Sarawak FA berlangsung tidak lama lagi, heboh kini bahawa warna jersi Sarawak FA bukan mengikut warna tradisi.
Pihak kami tidak dapat mengesahkannya maklumat tersebut buat masa ini, namun sumber-sumber tidak rasmi memaklumkan bahawa wujud kelainan pada rekaan tahun ini, termasuk juga dengan warna utama jersi.
Pada tahun-tahun sudah, jersi Sarawak FA yang direka oleh pihak Lea Sports Centre biasanya berwarna merah untuk warna utama, dengan jersi kedua bertukar warna dari biru kepada hitam.
Jersi telah juga direka bagi memuatkan corak-corak traditional bagi memberinya sedikit ‘feel’ Sarawak dengan logo juga diubah pada tahun lepas.
Bagi musim ini, pihak kami hanya dapat mengesahkan buat masa ini bahawa jersi akan menggunakan logo lama FAS semula, dan ianya berkemungkinan besar mengekalkan jenama tempatan, yakni StarSports.