Setiap musim, pasukan bola sepak akan mengeluarkan jersi paling menarik di Liga Malaysia bagi musim bola sepak yang baharu.
Jersi, ibarat lambang pasukan dan jersi yang menarik sudah pasti akan membuat peminat teruja.
Sungguhpun kebanyakan jersi adalah menarik dan cantik dalam gaya tersendiri, di sini kami senaraikan lima jersi yang kami rasakan paling menarik untuk musim 2020 Liga Malaysia.
2JERSI HOME SELANGOR FC [JOMA]
Jersi Home Selangor FC pada musim ini adalah jersi kedua terbaik pada pengamatan kami.
Walaupun ianya ringkas, namun ciri-ciri Selangor tetap terserlah pada jersi tersebut dengan warna merah dan kuning dimanipulasi secara baik. Peletakan nama ‘Selangor FC’ pada lengan jersi home Selangor FC ini juga membuat jersi ini nampak ‘stail’. Bukan itu sahaja, lokasi logo penaja juga nampak seimbang sekaligus membuatkan jersi ini hadir sebagai jersi kedua terbaik dalam Liga Malaysia.



