Jersi Kuching City 2022 menarik!

Kelab bola sepak Liga Premier, Kuching City hari ini telah melancarkan jersi Kuching City untuk musim 2022.

Berbeza dengan musim lepas, Kuchig City hanya melancarkan dua pasang jersi untuk musim ini, yakni untuk perlawanan di tempat sendiri, dan perlawanan di tempat lawan.

Bagi saya, jersi musim ini tampak sedikit lain berbanding jersi musim – musim sudah dengan kelab tersebut memilih untuk menampilkan satu kelainan pada rekaan mereka musim ini.

Jersi utama mengutamakan warna putih untuk jersi tempat sendiri, berbanding hijau pada musim – musim lepas.

Jersi tempat sendiri kelihatan seperti baju polo dengan kolar putih dan sedikit corak merah dan putih. Jersi ini bagi saya kurang menarik, namun nilai estetikanya boleh dipuji kerana jenama kelab tersebut jelas.

Jersi Kuching City untuk perlawanan di tempat lawan walaubaimanapun kelihatan lebih menarik kali ini.

Berwarna hitam dengan corak ‘koyak putih’, jersi itu mirip corak kucing belang dan kelihatan amat menarik untuk digayakan.

Pada hemah saya, ini mungkin jersi Kuching City yang paling menarik sehingga kini.

Untuk penjaga gol pula, kedua warna diketengahkan dengan jersi penjaga gol di tempat sendiri berwarna biru dengan corak kuning yang abstrak, manakala jersi penjaga gol di tempat lawan berwarna merah jambu sepenuhnya.

Anda boleh melihat jersi tersebut di bawah.

Pengedar jersi tersebut menjual semua jersi tersebut pada harga RM75.90.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top