Jersi baharu Sarawak FA bakal bercorak ‘kek lapis Sarawak’?

Dengan tinggal kurang seminggu untuk pasukan Sarawak FA menonjolkan jersi terbaharunya, telah timbul spekulasi berkenaan rekabentuk jersi musim 2018.

Daripada sumber-sumber kami, jersi kali ini dikatakan berlainan warna daripada jersi sudah, sungguhpun jenama dan pengedarnya dijangka sama, yakni merupakan jenama Starsports, dan diedarkan oleh Lea Sports Centre (LSC).

Jika poster pelancaran digunapakai, nampak gayanya, sememangnya jenama tempatan StarSports masih akan menjadi jenama rasmi pasukan Bujang Senang musim ini, dan dengan pelancarannya dibuat oleh pihak LSC, sudah hampir pastilah mereka akan merupakan pengedar tunggal jersi tersebut.

Dalam pada itu, fokus kini adalah kepada rekaan yang dikatakan ‘lain’.

Kami agak pasti bahawa pihak LSC akan cuba menampilkan rekaan jersi yang unik bagi memastikan jualan jersi mereka terus bagus, dan dalam pada itu, perhatian kami tertumpu kepada rajah promosi tiket bermusim dibawah.

Season pass promo
Season pass promo

Jika dilihat, promosi tiket bermusim, termasuk juga barangan percuma (khususnya landyard) mempunyai satu corak yang agak jarang dilihat, seiras tikar atau kek lapis Sarawak.

Corak sama juga kami perhatikan hadir pada poster pelancaran jersi yang akan berlangsung Ahad ini.

Sarawak FA launch
Sarawak FA launch

Dalam pada itu, pihak kami percaya bahawa jersi Sarawak FA akan menggunakan corak tersebut, dan penggunaan warna-warna pada poster pas bermusim itu kemungkinanan adalah ‘hint’ bahawa demikianlah warna jersi pada musim ini, yakni lebih berwarna ‘neon’.

Apa pun, yang menjadi kepastian kini adalah jersi baharu Sarawak tidak akan menggunakan logo yang dikritik hebat musim lepas, dan akan menampilkan logo Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top