JDT FC malam ini tadi sah dinobatkan sebagai juara Liga Super edisi 2020 selepas menewaskan Sabah FA 4-1.
Kejuraan JDT itu menyaksikan pasukan bola sepak tersebut mendapat kejuaraan ketujuh sebagai juara Liga Super Malaysia, dengan kejuraan pertamanya dimenangi pada tahun 2014.
Ini sekaligus meletakkan pasukan JDT sebagai pasukan paling berjaya sejak Liga Super Malaysia diperkenalkan, dan sekaligus mencipta sejarah sebagai satu – satunya pasukan yang memenangi liga bola sepak domestik Malaysia secara berturutan.
Majlis penyerahan trofi CIMB Liga Super yang diadakan sejurus perlawanan itu berakhir turut disaksikan oleh Presiden Malaysian Football League (MFL) yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL termasuk Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, Ketua Pegawai Eksekutif MFL Dato’ Ab Ghani Hassan, Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam serta Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Datuk Ismail Karim.
Penguasaan JDT di dalam Liga Malaysia kini amat jelas dengan pasukan tersebut berjaya merangkul 16 kejuaraan sejak dijenama semula pada 2004.
Berikut adalah senarai kejuaraan JDT sejak 2014:
Piala AFC: 2015
Piala Malaysia: 2017, 2019
Liga Super: 2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019, 2020
Piala FA: 2016
Piala Sumbangsih: 2015, 2016, 2018, 2019, 2020