JDT lawan yang sukar untuk SUFC

Ketua jurulatih Sarawak United, B Sathianathan mengakui lawan mereka seterusnya adalah sukar.

Sarawak United akan menentang JDT pada 9 Mac kelak.

Biarpun demikian, Satianathan berharap pemainnya akan terus berusaha dan memberikan yang terbaik.

“Satu perlawanan yang memang susah, tetapi apa yang saya lihat dari pasukan ini adalah yang memberikan yang terbaik. Jangan takut.” kata Satianathan apabila diminta mengulas perlawanan akan datang.

“Apa yang saya nak lihat daripada pasukan ini adalah memberikan yang terbaik. Kerana membentuk pasukan bukan senang, mengambil masa.

>> BELI JERSI SARAWAK UNITED

“Tetapi semangat nak menantang, nak menang, nak berlari di atas padang. Penyokong pun akan puas hati.” ujarnya lagi.

Sarawak United kini belum lagi memungut sebarang mata dalam Liga Super dan mempunyai misi sukar apabila perlu bertemu juara bertahan JDT pada perlawanan kedua Liga Super 2022.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top