LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Sarawak United hanya mahu kekal dalam Liga Super untuk musim hadapan, sekaligus menggambarkan bahawa pasukan tersebut kini hanya mahu membina tapak untuk memperkemaskan lagi pasukan mereka.

Sasaran kelab bola sepak tersebut dimaklumkan oleh Pengarah Teknikal, yang juga baharu dilantik sebagai Ketua Jurulatih baharu kelab tersebut, B Sathianathan.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

“Tahun ini kita tidak ada cita-cita besar, cuma nak kekal dalam Liga Super. Bagi saya kita harus bersikap realistik dalam meletakkan sasaran.” kata Satianathan kepada portal Majoriti.

>> DAPATKAN STICKER SUFC

“Kita pun tak berbelanja besar sebab nak berjimat-cermat, jadi kita banyak ambil pemain Piala Presiden untuk menggantikan pemain yang berhijrah ke pasukan lain.” ulasnya lagi.

Sarawak United merupakan pasukan baharu dalam Liga Super selepas berjaya menamatkan musim 2021 sebagai naib juara Liga Premier.