JDT II punya kelebihan apabila menentang Kuching

Pasukan JDT II dilihat mempunyai kelebihan apabila bertandang ke Stadium Negeri Kuching hujung minggu ini untuk menentang pasukan Kuching City FC (Kuching FA).

Walaupun Kuching bakal menjadi tuan rumah kepada perlawanan tersebut, kekuatan pasukan muda JDT itu tidak dapat dipertikaikan berikutan kedudukan pasukan tersebut yang kini menghuni tangga ke-empat Liga Premier.

Tambah menguntungkan untuk JDT II adalah kecederaan yang melanda pemain utama pasukan Kuching kini.

Adalah dilaporkan oleh Suara Sarawak bahawa dua penjaring utama Kuching, Bryan Jones dan Hudson Dias, kini dalam senarai kecederaan pasukan tersebut dan mungkin tidak akan sempat sembuh sebelum aksi menentang JDT II Ahad kelak.

Tambah merisaukan adalah kecederaan yang menimba bek kebal Kuching, Hairol Mokhtar.

Seperti Bryan dan Hudson, Hairol juga belum pasti dapat diturunkan Ahad kelak.

Dalam perkembangan sama, Mazwandi Zakeria juga akan digantung pada perlawanan itu, sekaligus menyaksikan Kuching bakal mungkin kehilangan empat pemain utama Ahad ini.

Kehilangan empat pemain utama sedikiat sebanyak pasti akan merencatkan perancangan pasukan Kuching yang memerlukan kemenangan untuk menempah tiket ke Piala Malaysia Oktober kelak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top