JDT gagal ke Liga Juara-Juara AFC

Johor Darul Ta’zim (JDT) telah tewas 3-0 kepada Bangkok Glass malam ini, sekaligus menamatkan misi mereka untuk ke Liga Juara-Juara AFC (AFC Champions League).

Sungguhpun kalah, JDT masih lagi boleh beraksi pada satu kejohanan peringkat Asia, yakni Piala AFC, yang merupakan kejohanan kelab kedua terulung selepas Liga Juara-Juara AFC.

Dalam perlawanan di Leo Stadium di Pathum Thani, JDT gagal menyekat pasukan Bangkok Glass yang turun dengan kesebelasan utama mereka, sedangkan JDT terpaksa turun tempang tanpa kelibat beberapa pemain utama.

Pasukan dari Thailand tersebut mudah meratah JDT melalui Narong Jansawek pada minit ke 28, sebelum penyerang import mereka Lazarus Kaimbi menyumbat gol kedua dan ketiga pada minit ke 52 dan 62 perlawanan.

Hero pasukan JDT adalah penjaga goal Mohd Farizal Marlias yang telah menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya ketika perlawanan tersebut berlangsung.

SUmber: The Star

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top